Malaysia Baharu: Perubahan hanya libatkan wawasan kerajaan

Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
A
A
A

SHAH ALAM - Walaupun dalam era Malaysia Baharu, kerajaan hari ini masih perlu mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.

Profesor Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, dalam konteks kerajaan baharu, perubahan hanya melibatkan pendekatan, wawasan atau strategi yang baharu serta tidak bertentangan dengan dua perkara berkenaan.

"Kalau Malaysia itu baru, maknanya ada yang baru gantikan yang lama macam PRU14 ada kerajaan baharu (PH) menggantikan kerajaan yang lama (BN). Kalau baharu, kita mestilah lihat perkara yang tak pernah kita lihat sebelum ini.

"Sebagai penganalisis undang-undang, saya melihat kerajaan baharu akan bersandarkan kepada satu undang-undang atau perlembagaan baharu, tetapi ia tak boleh berlaku kerana perlembagaan dan undang-undang itu masih lagi tetap yang lama. Maknanya kalau kerajaan baharu, mereka masih lagi ikut undang-undang dan perlembagaan sedia ada," katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-86 bertajuk Malaysia Baharu: Apa Perlu Anda Tahu? di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Ahmad Kamal berkata, pendekatan kerajaan yang membuat perubahan dengan kebebasan bersuara dilihat tidak akan mengancam negara dengan mewujudkan keseimbangan antara kawalan dan kebebasan berkenaan.

"Kita tak boleh terburu-buru mengubah kepada keadaan yang lebih baik atau dasar-dasar (tertentu). Jika terburu-buru mungkin akan berlaku perkara lebih buruk," katanya.

Artikel Berkaitan: