249 kertas siasatan berita palsu Covid-19

Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini.-Foto: Bernama
Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini.-Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka sebanyak 249 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 169 masih dalam siasatan.

"Sebanyak 26 kes telah didakwa di mahkamah dan 15 individu terbabit mengaku bersalah," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Tambah beliau, sehingga kini sebanyak 243 penafian berita palsu dibuat oleh Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

"PRP KKM ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19.

"Sejak beroperasi bermula 24 Mac lalu sebanyak 243 penafian berita palsu telah dibuat oleh PRP," katanya.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari www.sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan berita.

Artikel Berkaitan: