Covid-19: Kedah kini zon hijau

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kedah yang merekodkan 95 kes jangkitan sebelum ini kini menjadi negeri terbaharu zon apabila keseluruhan daerahnya sifar kes koronavirus (Covid-19).

Menerusi data yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, lima kes positif dikesan sebelum ini melibatkan Kota Setar (dua kes) dan masing-masing satu kes di Kuala Muda, Kubang Pasu dan Padang Terap telah pulih.

Selain itu, Perak turut menghampiri zon hijau apabila hanya Kinta dan Manjung masing-masing mencatatkan satu kes aktif, manakala Pulau Pinang empat kes aktif di tiga daripada lima daerahnya.

Menerusi data itu juga, tiada zon merah direkodkan di Sabah meskipun sebelum ini, Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Tawau diletakkan di bawah zon merah selepas kes jangkitan melebihi 41 kes.

Sebanyak 88 daerah kini diletakkan di bawah zon hijau berbanding 12 zon merah dan 57 zon kuning.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 5,945 kes positif Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada 25 Januari lalu.

Daripada jumlah itu, hanya 1,758 masih dirawat di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Perlis negeri pertama bebas Covid-19

Artikel Berkaitan:

Kelantan negeri kedua bebas Covid-19