Mengapa prejudis terhadap Ebit Lew?

Ebit Lew ketika menziarahi Ishak Darus, 77, yang mendiami rumah usang di Lorong Gedebang, Jalan Langgar di Alor Setar. - Foto Facebook Ebit Lew
Ebit Lew ketika menziarahi Ishak Darus, 77, yang mendiami rumah usang di Lorong Gedebang, Jalan Langgar di Alor Setar. - Foto Facebook Ebit Lew
A
A
A

ALKISAH satu keluarga Islam miskin di negeri jelapang padi, menumpang dan tinggal berhimpit di gubuk daif sejak sekian lama.

Bagaikan tiada siapa ambil peduli keluarga itu yang tiada pekerjaan tetap. Nenek tinggal bersama anak dan cucu, hidup dalam keadaan benar-benar kais pagi makan pagi, menderita sekali.

Seperti yang ditularkan di media sosial, tempat tinggal keluarga malang itu tidak lebih baik daripada reban ayam, kotor dan bocor di sana sini.

Maka seorang hamba ALLAH telah datang menghulurkan bantuan dengan memindahkan keluarga berkenaan ke sebuah rumah sewa baharu yang lebih sempurna, tidak jauh dari reban ayam berkenaan.