X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

94 kes positif baharu, 72 dikesan kes import dari Indonesia

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 94 kes positif baharu jangkitan Covid-19 di seluruh negara hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 72 kes import (klsuter Pasenteren) yang dikesan daripada warganegara dan pelajar yang pulang dari Indonesia.

"Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah 22 kes sahaja," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 72 kes import itu direkodkan di Negeri Sembilan.

Dengan pertambahan itu, keseluruhan kes positif berjumlah 5,947 kes.

"Hanya 1,758 pesakit yang masih dirawat di hospital dan 40 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) serta 18 memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat CPRC Kebangsaan tidak menerima sebarang laporan kematian berhubung Covid-19.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 100 kes," katanya.

Selain Negeri Sembilan, turut merekodkan kes positif baharu adalah Kuala Lumpur (8 kes), Sarawak (6 kes), Pahang (5 kes), Sabah (2 kes) dan Selangor (1 kes).

Menyentuh mengenai kluster, Dr Noor Hisham berkata, terdapat enam yang masih aktif termasuk klsuter Pasenteren.

"Kluster Madrasah Sungai Salan merekodkan empat kes baharu, Kluster Petugas Kesihatan Sabah dua kes dan Kluster Kejuruteraan di Pahang, Klsuter Petugas Kesihatan di Kuching Sarawak serta Kluster Flat Kampung Baru masing-masing mencatatkan satu kes baharu," katanya.

Sementara itu bagi Kluster Sri Petaling, KKM telah membuat saringan terhadap 33,557 individu dan 2,167 kes positif.

Pada perkembangan sama, KKM mengesan satu kes positif baharu dikesan di Menara Plaza City One menjadikan jumlah keseluruhan kes di kawasan tersebut sebanyak 55 kes.

"Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur serta Pasar Borong Selayang yang kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) merekodkan lima kes positif baharu.

Ia sekaligus menjadikan jumlah kes kawasan tersebut 79 kes," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!