Angkasa sumbang topeng muka, sarung tangan kepada Karangkraf

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Datuk Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan sarung tangan, topeng muka dan pencuci tangan kepada Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin (kiri) yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf. Foto Sinar Harian/Rosli Talib

A
A
A

SHAH ALAM – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) menyumbangkan lebih 4,000 keping topeng muka, sarung tangan dan cecair pembasmi kuman kepada Kumpulan Karangkraf dan Sinar Harian untuk digunakan petugasnya ketika melakukan liputan di lapangan.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sumbangan itu dihulurkan kerana pihaknya prihatin akan situasi petugas media yang terdedah dengan risiko jangkitan koronavirus (Covid-19) ketika melakukan tugas.

ABDUL FATTAH
ABDUL FATTAH

“Pemberian ini sebagai tanda sokongan terhadap petugas media kerana kita tahu dalam situasi penularan Covid-19 mereka tetap membuat liputan dengan turun ke lokasi dan berjumpa dengan ramai orang.

“Sumbangan yang dihulurkan menerusi anak syarikat kami, MyAngkasa Holdings Sdn Bhd ini juga menunjukkan hubungan yang akrab antara Angkasa dengan Karangkraf dan Sinar Harian yang sentiasa membuat liputan mengenai program dan aktiviti koperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyerahan sumbangan itu kepada Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin pada majlis ringkas yang diadakan di Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Datuk Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan) menyerahkan sumbangan sarung tangan, topeng muka dan pencuci tangan kepada Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin (tiga dari kiri) yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf. Foto Sinar Harian/Rosli Talib

Hadir sama Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail dan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd, Shaharuddin Mohamed.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, penyaluran bantuan itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) MyAngkasa Holdings Sdn Bhd.

“Melalui program ini kita sediakan keseluruhannya sebanyak 50,000 keping topeng muka, sarung tangan, cecair pembasmi kuman bernilai RM100,000 untuk diagihkan kepada agensi media,” katanya.

Katanya, peranan media sangat penting termasuk kepada Angkasa kerana negara mempunyai 14,500 buah koperasi dengan keahlian keseluruhan berjumlah lebih enam juta orang.