Covid-19: Hanya 12 daerah masih diisytihar zon merah

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Hanya 12 daerah di seluruh negara masih diisytiharkan sebagai zon merah selepas Klang, Selangor kini diletakkan di bawah zon kuning.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, Klang mempunyai 29 kes aktif berbanding hari sebelumnya, 44 kes.

Jumlah kes positif Covid-19 di daerah itu mencatat 173 kes.

Sementara itu, CPRC Kebangsaan turut merekodkan zon hijau kian bertambah kepada 71 daerah.

Antara daerah terbaru yang diletakkan di bawah sifar kes aktif adalah Kota Bharu yang sebelum ini mempunyai empat kes. Ia menjadikan Tanah Merah satu-satunya daerah negeri ini merekodkan satu kes aktif.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 5,820 kes positif Covid-19 direkodkan sejak wabak itu menular di negara ini 25 Januari lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 1,764 pesakit masih dirawat di hospital.

Artikel Berkaitan: