Covid-19: 95 pesakit pulih, 40 kes baharu

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 95 pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,957 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu bersamaan dengan 67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Sekali lagi, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baru yang dilaporkan," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, setakat jam 12 tengah hari tadi, terdapat 40 kes baharu dilaporkan sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 5,820 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,764 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan, " katanya.

Beliau berkata, seramai 37 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

"Daripada jumlah tersebut, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat CPRC Kebangsaan menerima satu kematian berkaitan Covid-19.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 99 kes iaitu 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.