Nadma hanya selaras pergerakan pulang rakyat tamat kuarantin

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memaklumkan bahawa Agensi Pengurusan Bencana (Nadma) hanya menyelaraskan kepulangan mereka yang dikuarantin wajib di pusat kuarantin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ramai menganggap bahawa agensi itu menyediakan kenderaan bagi mereka yang dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Sebenarnya Nadma menyelaraskan pergerakan pulang kumpulan ini (bukan sediakan kenderaan bagi mereka).

“Sebagai contoh, ahli keluarga boleh mengambil mereka di pusat kuarantin untuk dibawa pulang tetapi hanya seorang pemandu sahaja.

"Bagi mereka yang berkeluarga mereka boleh pulang dengan satu kereta kerana telah menjalani ujian swab di pusat kuarantin,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: