148 mangsa banjir di Pulau Pinang dipindahkan

Banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di Bukit Mertajam kerana hujan lebat malam tadi.
Banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di Bukit Mertajam kerana hujan lebat malam tadi.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 36 keluarga membabitkan 148 orang mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini susulan banjir kilat di kawasan kediaman mereka malam tadi.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Sekolah Kebangsaan Juru pada jam 11 malam tadi.

Menurutnya, ia dibuka untuk menempatkan sembilan keluarga membabitkan 33 orang termasuk dua bayi dan seorang warga emas.

Dua pusat pemindahan sementara dibuka di Bukit Mertajam bagi menempatkan 36 keluarga yang terlibat dengan banjir kilat.
Dua pusat pemindahan sementara dibuka di Bukit Mertajam bagi menempatkan 36 keluarga yang terlibat dengan banjir kilat.

"Pusat pemindahan sementara kedua pula dibuka di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina True Light pada jam 11.45 malam. Ia membabitkan 27 keluarga dengan 115 orang mangsa termasuk dua ibu mengandung dan lima bayi.

"Saya dimaklumkan banjir di kawasan rumah mangsa sedang menurun dan kita akan maklum perkembangan mangsa dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Terdahulu, beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat selain beberapa rumah di daerah Seberang Perai Utara (SPU) turut mengalami kerosakan akibat ribut petang semalam.

Artikel Berkaitan:

Petugas di pusat pemindahan sementara membuat pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa banjir.
Petugas di pusat pemindahan sementara membuat pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa banjir.

Hujan lebat bermula jam 3 petang menyebabkan kawasan di Kepala Batas, Permatang Buluh, Lahar Yooi, Nyior Sebatang, Sungai Dua, Machang Bubok, Tasek Gelugor, Simpang Ampat, Bagan Ajam, Merbau Kudung iaitu bahagian pulau dinaiki air di antara 0.1 hingga 0.4 meter.

Lebih 50 rumah terutama di kawasan SPU yang berada di kawasan rendah dimasuki air berikutan limpahan air akibat hujan lebat lebih dua jam.

Bagaimanapun tiada pemindahan mangsa dilakukan dan air banjir juga mula surut.