Covid-19: Lebih 60 peratus kes positif di PKPD libatkan warga asing

Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Lebih 60 peratus atau 388 daripada 638 kes positif koronavirus (Covid-19) yang dikesan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia susulan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) mempergiatkan aktiviti pengesanan, penyaringan, isolasi serta rawatan kepada kumpulan sasar yang berisiko tinggi dengan pendekatan tertumpu.

Menurutnya, sehingga kini seramai 21,466 orang telah menjalani ujian Covid-19 di dalam kawasan PKPD.

"Seramai 638 orang yang didapati positif itu, 388 atau 61 peratus adalah bukan warganegara Malaysia.

"Baki 250 kes atau 39 peratus pula adalah rakyat Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 9 kes baharu di kesan di Pusat Bandar Utara serta sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 55 orang.

Selain itu, PKPD lain yang turut merekodkan kes baharu ialah Malayan Mansion lima kes dan Menara City One, satu kes.

Artikel Berkaitan: