Penduduk Israel protes Netanyahu, tapi tetap jaga jarak
TEL AVIV- Ribuan penunjuk perasaan melakukan demonstrasi menentang perjanjian pakatan Israel yang mengekalkan Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri walaupun beliau disyaki terlibat jenayah.
Foto dari udara yang tular di media sosial menunjukkan pendemonstrasi membanjiri Dataran Rabin di Tel Aviv semalam namun mereka masih menjaga penjarakkan sosial bagi mengelak penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Penunjuk perasaan memakai topeng muka, mengibarkan bendera Israel dan mengangkat sepanduk yang menggelar Netanyahu sebagai korup.
Jurucakap polis berkata, perhimpunan berkenaan hanya dihadiri ratusan orang namun media tempatan melaporkan ribuan turun ke jalanan untuk perhimpunan itu.
Menurut Al-Jazeera, Netanyahu dijadualkan menjalani perbicaraan bulan depan atas tuduhan penipuan, pecah amanah dan menerima rasuah.
Bagaimanapun bekas pemimpin itu menolak sebarang kesalahan jenayah yang dikaitkan dengannya.
Perancis pertimbang sekatan baharu ke atas peneroka haram Israel
Arab Saudi bakal ada calon Miss Universe?
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Kedai serbaneka 'tutup bila kiamat, tapi masih buka setengah hari'
'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
[VIDEO] Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000
Akaun 3 KWSP untuk kecemasan, bukan beli telefon bimbit, sport rim mewah
Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024