X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki bakar diri meninggal dunia

Mangsa yang parah 90 peratus dipindahkan ke HSNZ di sini untuk mendapatkan rawatan susulan, semalam. - Foto Ihsan pembaca (Gambar kecil: Razmi)
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang cedera parah selepas dipercayai membakar dirinya sendiri dalam kejadian di Kampung Anak Ikan, Tok Dor, Jertih, Besut, tengah hari semalam meninggal dunia awal pagi tadi.

Mangsa berusia 35 tahun yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos berkata, pihak hospital memaklumkan kematian lelaki itu kira-kira jam 2 pagi tadi.

"Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang tukang rumah parah akibat melecur 90 peratus selepas dipercayai membakar dirinya jam 1 petang semalam.

Keadaan mangsa dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di HSNZ, di sini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus