X

Kindly register in order to view this article
!

Saringan Covid-19 di Selayang Baru mula secara berperingkat

ATM mengawal laluan di Jalan Selayang Baru hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Penduduk warga tempatan dan warga asing yang bekerja serta tinggal di sekitar Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21 di sini, mula menjalani saringan Covid-19.

Rata-rata penduduk yang terlibat menjalani saringan petang ini ialah pekerja pasar raya berhampiran, pekerja premis perniagaan dan penghuni kediaman di kawasan itu.

Kesemua jalan di kawasan itu yang kebiasaannya menjadi tumpuan masyarakat, kini lengang selepas diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan peningkatan kes Covid-19 di lokasi berkenaan.

Tinjauan di lokasi setakat 5 petang ini mendapati kawasan berkenaan dipagar dengan kawat berduri setinggi 1 meter serta penghadang jalan di kesemua laluan utama.

Kawat berduri juga diletakkan di beberapa lokasi yang dipercayai menjadi 'lorong tikus' untuk meninggalkan kawasan berkenaan.

Petugas JKM menyalurkan makanan kepada penduduk PKPD Selayang Baru.
Petugas JKM menyalurkan makanan kepada penduduk PKPD Selayang Baru.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pemasangan pagar kawat berduri itu dilakukan mulai hari ini selepas kawasan itu diletakkan di bawah PKPD.

“Polis akan mengawal selia di setiap laluan keluar masuk kawasan PKPD yang terlibat malah juadah berbuka puasa juga disediakan kepada mereka yang bertugas di PKPD,” katanya.

Turut kelihatan pegawai dan anggota polis serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula mengawal kawasan seluas satu kilometer persegi itu dengan lebih ketat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan untuk meletakkan kawasan Selayang Baru, Gombak di Selangor di bawah status PKPD mulai hari ini sehingga 3 Mei. - Bernama

INFO:

Keputusan untuk melaksanakan arahan PKPD ketujuh itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan, melibatkan enam parcel yang dikenal pasti seperti berikut:

Zon A: Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah, Gombak, Selangor

Zon B: Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zon C: Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zon D: Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zon E: Jalan 2, 4, 6 dan 8, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zon F: Blok A, B dan C, Selayang Makmur, Gombak, Selangor


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!