Kes bunuh selesai kurang enam jam, polis tahan dua lelaki

Polis meminta mana-mana individu yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi IPD Penampang atau tampil ke balai polis berhampiran.
Polis meminta mana-mana individu yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi IPD Penampang atau tampil ke balai polis berhampiran.
A
A
A

PENAMPANG - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan sehingga menyebabkan kematian di hadapan sebuah premis perniagaan di sini pada Selasa.

Dua suspek tempatan masing-masing berusia 30 dan 45 tahun itu ditahan di Kampung Dumpil kira-kira jam 6.30 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan bantuan anggota Balai Polis Putatan berjaya menyelesaikan kes bunuh seorang lelaki berusia 24 tahun kurang daripada enam jam.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan pada Selasa, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada awal pagi tadi.

"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 2 Disember depan. Motif pembunuhan dan punca kematian mangsa masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan sekiranya tidak dihukum mati.

"Pihak polis meminta mana-mana individu yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi IPD Penampang atau tampil ke balai polis berhampiran.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi dan menyebar maklumat yang belum disahkan bagi menjaga kelancaran siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!