Econsave ringankan beban 30 keluarga

Devanathan (kanan) turun padang menyampaikan sumbangan fasa ketiga Econsave Pokok Sena kepada 30 keluarga di Mukim Gajah Mati baru-baru ini.
Devanathan (kanan) turun padang menyampaikan sumbangan fasa ketiga Econsave Pokok Sena kepada 30 keluarga di Mukim Gajah Mati baru-baru ini.
A
A
A

POKOK SENA - Seramai 30 keluarga yang terjejas dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini di sini lega apabila menerima bantuan keperluan harian daripada Pasaraya Econsave.

Pengurus Econsave Cawangan Pokok Sena, B Devanathan berkata, bantuan tersebut adalah fasa ketiga yang disalurkan oleh mereka dan setiap fasa pula terdiri daripada penerima yang berbeza.

Menurutnya, pihaknya membuat semakan terlebih dahulu dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi memastikan bantuan yang diberikan dapat dinikmati oleh golongan yang betul-betul memerlukan.

"Kawasan yang terlibat bagi bantuan fasa ketiga oleh Econsave Cawangan Pokok Sena adalah Kampung Lanchuk, Kampung Bukit Lala, Kampung Titi Akar, Taman Pertama dan Taman Desa Ilmu.

"Sebanyak 30 keluarga telah terpilih dan setiap penerima terlebih dahulu disaring oleh MPKK Mukim Gajah Mati, Pokok Sena," katanya kepada Sinar Harian.

Devanathan berkata, sumbangan yang disalurkan kepada penerima adalah mereka yang terdiri daripada golongan asnaf dan golongan asnaf orang kurang upaya.

Jelasnya, antara bentuk sumbangan tersebut adalah gula, beras, teh, susu tin, biskut dan minyak masak.

Artikel Berkaitan: