[VIDEO] Hampir 30,000 guru dilantik secara kontrak interim sejak 2024

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 29,784 orang pegawai perkhidmatan pendidikan dilantik secara kontrak interim bagi tempoh September 2024 hingga Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pelantikan kontrak interim mula dilaksanakan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) pada 1 Mac 2024 bagi graduan memiliki kelayakan ikhtisas pendidikan.

“Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memastikan proses pengurusan dan peralihan status perkhidmatan pegawai berkenaan dilaksanakan berdasarkan syarat kelayakan, peraturan serta mekanisme pelantikan yang berkuat kuasa dengan mengambil kira keperluan perkhidmatan pendidikan dan

kesinambungan penyampaian pendidikan negara,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) berhubung pecahan guru lantikan kontrak (CoS) dan kontrak interim yang diserap ke jawatan tetap serta masih berkontrak setakat 31 Ogos 2026, termasuk sasaran penyerapan baki guru kontrak.

Mengulas lanjut, Wong berkata pengambilan guru CoS bukan pendidikan bukan keutamaan KPM kerana keutamaan diberikan kepada graduan program ijazah sarjana muda perguruan Institut Pendidikan Guru (IPG) serta graduan berikhtisas universiti awam.

“Bagi CoS tahun 2023, seramai 5,632 orang pegawai perkhidmatan pendidikan telah menerima surat tawaran pelantikan tetap daripada kumpulan itu dan kesemua mereka akan menerima arahan penempatan secara serentak dengan PPP yang lain pada bulan Disember 2026 ini.

“Manakala, ada seramai 179 orang pegawai perkhidmatan pendidikan masih belum memenuhi syarat yang ditetapkan sebelum boleh dilantik secara tetap,” katanya.

Tambah beliau, bagi lantikan CoS bermula tahun 2025, setakat ini pegawai perkhidmatan pendidikan yang berkenaan masih dalam peringkat untuk memenuhi syarat ikhtisas masing-masing.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!