Pelarian Rohingya tinggalkan IPK Kuala Lumpur

Laporan Sinar Harian berhubung pelarian Rohingya ditempatkan sementara di IPK KL, terima bantuan saringan kesihatan - Gambar kecil (Fadil Marsus)
Laporan Sinar Harian berhubung pelarian Rohingya ditempatkan sementara di IPK KL, terima bantuan saringan kesihatan - Gambar kecil (Fadil Marsus)
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kesemua 113 pelarian, termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak Isnin, telah dibawa keluar petang tadi ke lokasi penempatan yang ditetapkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua pelarian berusia antara satu bulan hingga 60 tahun itu meninggalkan IPK Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang.

“Kesemua pelarian berjumlah 113 orang telah bergerak keluar dari IPK Kuala Lumpur menuju ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak NGO di Ampang, Selangor,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCR

Ratusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - Polis

Rohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?

Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - Polis

Pelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KL

Pelarian Rohingya ditempatkan sementara di IPK KL, terima bantuan saringan kesihatan

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, media melaporkan kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen sah yang dikeluarkan oleh Pesuruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Fadil dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke IPK Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNHCR pada jam 8.50 malam, Isnin.

Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.

Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!