Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di10 negeri hingga petang ini. Foto hiasan
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di10 negeri hingga petang ini. Foto hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah sehingga petang ini.

Menerusi makluman yang dikongsikan di media sosial, kawasan terlibat di Perak ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim dan Bagan Datuk.

Di Terengganu, amaran melibatkan Besut dan Hulu Terengganu, manakala di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan dan Lipis.

Bagi Selangor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Selangor dan Sabak Bernam.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah, iaitu Sandakan, Telupid, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Selain itu, amaran turut melibatkan kawasan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan seperti yang ditandakan dalam peta MetMalaysia.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan hujan lebat, angin kencang dan kilat sepanjang tempoh amaran berkuat kuasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!