X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

'Saya mahu jersi Lionel Messi'

Steerling - Foto: Getty Images
Steerling - Foto: Getty Images
A
A

“Saya mahu jersi Lionel Messi,”

Itu reaksi penyerang Manchester City, Raheem Sterling baru-baru ini dalam usaha menambah koleksi jersi daripada pemain pasukan lawan yang dimilikinya setakat ini.

Sterling berkata, dia memang mahukan jersi milik bintang Barcelona itu setelah berjaya mendapatkan jersi milik seorang lagi bintang Barca, Neymar sebelum ini.

“Saya seorang pengumpul jersi, tetapi saya masih belum meletakkan mana-mana jersi berkenaan di dinding rumah saya setakt ini.

“Saya sebenarnya tidak gemar apabila tetamu yang datang ke rumah saya mengetahui saya seorang pemain bola sepak.

“Saya mahu kekalkan rumah saya hanya untuk keluarga,” katanya.

Untuk rekod, Sterling kini dalam usaha menambah koleksi jersinya dengan saling bertukar jersi miliknya dengan pemain lawan terutamanya pada perlawanan-perlawanan ‘besar.’

Menurut penyerang berusia 25 tahun itu, dia akan menyusun kesemua koleksi jersi yang dimilikinya dalam bingkai khas itu setelah bersara dari bola sepak, suatu hari nanti.

Sementara itu, Sterling berkata, dia turut mengumpul jersi daripada rakan-rakan sepasukannya di Manchester City, seperti David Silva.

Katanya, dia menyanjungi rakan sepasukannya itu berikutan pemain kebangsaan Sepanyol itu banyak memberikannya semangat selama di City.

"Yang pasti, bila saya telah bersara kelak, saya turut memiliki kesemua jersi yang saya inginkan.

“Saya boleh pilih yang mana saya suka dan kemudiannya menghias sebuah bilik bagi memuatkan kesemua jersi berkenaan termasuk trofi yang saya menangi selama bergelar pemain bola sepak,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!