Doha, Riyadh berentap bida hos Sukan Asia 2030

Pembukaan Sukan Asia di Doha
Pembukaan Sukan Asia di Doha
A
A
A

MAJLIS Olimpik Asia (OCA) menerima bidaan daripada Doha, ibu negara Qatar dan Riyadh, ibu negara Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan Asia 2030.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan OCA semalam, kedua-dua negara Teluk itu telah mengemukakan bidaan secara rasmi untuk menjadi hos kepada Sukan Asia ke-21 itu sebelum tarikh akhir bidaan yang ditetapkan iaitu 22 April lalu.

“Dengan dua bidaan Sukan Asia, kita kini mempunyai kestabilan dan penerusan dalam gerakan sukan untuk dekad seterusnya. Ini akan membolehkan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan kami, para pentadbir dan yang lebih penting para atlet kami untuk membuat perancangan masa hadapan.

“Ini meletakkan kami dalam kedudukan membanggakan dalam soal kalendar sukan kami dan sekali lagi menampilkan yang Asia merupakan rakan kongsi utama dalam gerakan Olimpik global,” kata Presiden OCA, Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah.

Doha menjadi tuan rumah Sukan Asia ke-15 pada 2006 tetapi Arab Saudi tidak pernah menganjurkan temasya sukan kelolaan OCA.

Sukan Asia ke-19 akan berlangsung di Hangzhou, China pada 2022 manakala Sukan Asia ke-20 bakal dihoskan Aichi-Nagoya, Jepun pada 2026.

Artikel Berkaitan: