Google rancang beku pengambilan pekerja

Langkah itu merupakan tindakan lebih radikal yang diambil pihak syarikat berbanding pelan yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Google Sundar Pichai minggu lalu.
Langkah itu merupakan tindakan lebih radikal yang diambil pihak syarikat berbanding pelan yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Google Sundar Pichai minggu lalu.
A
A
A

MOSCOW - Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) Google dikatakan sedang merancang untuk membekukan pengambilan pekerja sepenuh masa dan kontrak baharu di samping mengurangkan sebahagian bajet pemasaran pada separuh kedua 2020.

Memetik CNBC, langkah itu merupakan tindakan lebih radikal yang diambil pihak syarikat berbanding pelan yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Google Sundar Pichai minggu lalu, lapor agensi berita Sputnik.

Pada awal April, Pichai berkata, Google akan memotong sebahagian pelaburannya sehingga akhir tahun di tengah-tengah krisis Covid-19, bermula dengan pengambilan pekerja tanpa menyebut mengenai pembekuan.

Sementara itu, jurucakap syarikat berkata, separuh bajet akan dikurangkan, tetapi menafikan mengenai pembekuan pengambilan pekerja.

Pandemik Covid-19 memaksa sektor perniagaan di seluruh dunia mempertimbangkan semula strategi mereka berikutan penurunan jumlah pendapatan dan terpaksa menghentikan banyak operasi.

Berjuta-juta orang hilang pekerjaan selepas banyak negara di seluruh dunia menguatkuasakan sekatan pergerakan untuk memerangi penularan wabak maut itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: