X

Kindly register in order to view this article
!

Ahli biologi selamatkan anak itik

Phil berjaya menyelamatkan enam ekor anak itik terperangkap dalam longkang. -Twitter Phil
A
A

SEATTLE - Ahli biologi, Phil Torres telah menyelamatkan beberapa ekor anak itik terjatuh dan terperangkap dalam longkang selepas kawasan itu dilanda angin kencang di Seattle, Washington.

Menerusi New Channel, Phil Torres bersama isterinya yang merupakan seorang model, Silja Danielsen menemui sekumpulan anak itik itu ketika sedang bersiar pada waktu pagi.

Mereka terdengar suara itik di dalam longkang sebelum bertindak menyelamatkan haiwan tersebut.

"Setiap hari kami akan bersiar dan melalui kawasan kejiranan, kebetulan ketika itu melalui jalan jauh untuk pulang berbeza dari kebiasaan.

"Saya sangka bunyi itu dari sarang yang berada atas pokok tapi rupanya suara itu bawah kaki saya," ciapnya di Twitter.

Beliau berjaya mengeluarkan enam ekor itik dari longkang dan bercadang membawa kesemua anak itik ke sebuah organisasi pemulihan dan kesejahteraan hidupan liar.

Namun dalam perjalanan pulang, beliau akhirnya berjaya menemukan ibu dan melepaskan anak-anak itik ke tebing sungai.

Kisah penuh inspirasi itu berjaya menarik perhatian netizen dan menyifatkan ia adalah tindakan yang bagus.

"Terbaik! Kisah yang cukup mengagumkan. Anda berusaha mencari ibu itik dan akhirnya berjaya," ciap @brenda.

Kata @Mich, "Gembira anda jumpa, bimbang mereka tak boleh hidup."


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!