Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri

 Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 10 negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 10 negeri
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 10 negeri sehingga jam 6 petang pada Khamis.

Menurut MetMalaysia, di Semenanjung Malaysia, negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Amaran turut melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat ialah Kulim, Bandar Baharu, Sik dan Baling di Kedah; Larut Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak; serta Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan.

Di Terengganu, kawasan terlibat termasuk Dungun, manakala di Pahang melibatkan Maran, Kuantan, Cameron Highlands, Temerloh, Bera dan Bentong.

Di Selangor, amaran melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Seremban, manakala di Melaka melibatkan Jasin.

Bagi Sabah, kawasan yang terlibat termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat. Di Sarawak pula, amaran melibatkan beberapa kawasan termasuk Bintulu, Mukah, Sibu dan Limbang.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap perubahan cuaca serta merujuk saluran rasmi MetMalaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!