Kes tipu topeng muka catat hampir RM5 juta

Topeng Muka
Topeng Muka
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman merekodkan 498 kes penipuan penjualan penutup hidung dan mulut dengan kerugian hampir RM5 juta sepanjang pelaksanaan Op Covid-19 bermula 18 Mac lalu sehingga semalam.

Pengarah JSJK Datuk Zakaria Ahmad berkata, dalam tempoh itu sebanyak 498 kertas siasatan dibuka dengan 114 individu ditahan manakala 14 sudah dituduh di mahkamah.

Beliau berkata Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 111 kertas siasatan dibuka, diikuti Perak (57 kertas siasatan) serta Johor dan Pulau Pinang, masing-masing dengan 56 kertas siasatan.

“Dalam tempoh Januari sehingga semalam, jumlah kes penipuan penutup hidung dan mulut melalui laman Facebook mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 481 kes diikuti aplikasi WhatsApp (94 kes) dan laman web mudah.my (33 kes),” katanya hari ini.

Penutup hidung dan mulut mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna susulan penularan wabak Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: