Maszlee bertemu 'Mowgli' Malaysia

Maszlee (dua, kiri) bersama Khamis Jusoh (kiri) dan jurugambar Abdullah Deen (kanan) merakam gambar bersama Muhammad Syukur.
Maszlee (dua, kiri) bersama Khamis Jusoh (kiri) dan jurugambar Abdullah Deen (kanan) merakam gambar bersama Muhammad Syukur.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Hasrat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk bertemu 'Mowgli Malaysia', Muhammad Syukur Khamis tercapai.

Pertemuan itu berlangsung di Dewan Seri Budi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, sempena lawatan kerja beliau ke Terengganu, hari ini.

Selain Muhammad Syukur, Maszlee juga turut meluangkan masa bertemu jurugambar, Abdullah Deen dan pelajar cemerlang 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2018, Por Hui Ling.

"Saya menyimpan hasrat untuk bertemu seorang pelajar yang menjadi tular kebelakangan ini dan juga dikenali sebagai 'Mowgli' Malaysia.

"Saya bersyukur kerana dapat bertemu Muhammad Syukur, ayahnya, jurugambar dan seorang murid cemerlang," katanya.

Maszlee berkata, beliau berbangga kerana Terengganu mempunyai ramai pelajar yang berbakat besar.

Maszlee (tengah) merakam kenangan bersama Muhammad Syukur, Abdullah Deen dan Por Hui Ling serta seluruh warga SMK Padang Midin sempena lawatan kerja beliau ke Terengganu, hari ini.
Maszlee (tengah) merakam kenangan bersama Muhammad Syukur, Abdullah Deen dan Por Hui Ling serta seluruh warga SMK Padang Midin sempena lawatan kerja beliau ke Terengganu, hari ini.

"Saya bersyukur kerana kita ada ramai pelajar berbakat di Terengganu.

Artikel Berkaitan:

"Saya akan terus menyokong guru-guru agar terus menggilap bakat-bakat yang ada dalam diri para pelajar," katanya.

Dalam pada itu, Maszlee berkata, setiap pelajar perlu mempunyai tiga elemen penting iaitu berpersonaliti, mempunyai kesungguhan dan tidak banyak tidur.

"Setiap pelajar perlu mempunyai personaliti yang baik dan mempunyai watak tersendiri supaya mereka tak terikut-ikut dengan orang lain.

"Selain itu, mereka juga perlu mempunyai disiplin tinggi serta mempunyai sikap dan keyakinan diri yang jitu untuk berjaya dalam kehidupan," katanya.