PM Thailand Srettha bertemu Prayuth

Perdana Menteri baharu Thailand, Srettha Thavisin (kiri) bertemu dengan bekas Perdana Menteri sementara Prayuth Chan-ocha di rumah kerajaan di Bangkok, Thailand pada Khamis. - Foto: Reuters
Perdana Menteri baharu Thailand, Srettha Thavisin (kiri) bertemu dengan bekas Perdana Menteri sementara Prayuth Chan-ocha di rumah kerajaan di Bangkok, Thailand pada Khamis. - Foto: Reuters
A
A
A

BANGKOK - Perdana Menteri baharu Thailand, Srettha Thavisin bertemu dengan bekas Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada Khamis dan kedua-dua pemimpin bertukar pandangan dan berbincang mengenai masa depan negara.

Pertemuan di 'Government House' itu menandakan detik peralihan politik pertama dalam negara yang diperintah ketenteraan sejak sembilan tahun kebelakangan ini.

Srettha berkata, beliau membuat kunjungan hormat kepada bekas perdana menteri serta mengadakan perbincangan yang membina.

"Kami membincangkan bagaimana untuk menerajui negara bergerak ke hadapan. Beliau (Prayuth) memberi nasihat agar saya kekal tenang, sabar dan menjaga negara, agama, dan sistem raja," katanya.

Beliau menambah bahawa Prayuth juga menasihatinya untuk mengambil pandangan yang lebih holistik dalam pentadbiran negara.

"Prayuth berkata ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana perdana menteri yang tamat berkhidmat dan yang baharu bertemu, bertukar pandangan, dan memberi nasihat mengenai negara," katanya.

Srettha, berusia 61 tahun dilantik sebagai Perdana Menteri ke-30 Thailand melalui undian Parlimen pada Selasa, mengakhiri kebuntuan politik berbulan-bulan selepas Pilihan Raya Umum pada 14 Mei.

Beliau telah menerima perkenan diraja secara bertulis dari Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu majlis di ibu pejabat Pheu Thai pada Rabu - sehari selepas beliau mendapat sokongan daripada 482 Ahli Parlimen. Beliau dijangka mengumumkan anggota Kabinetnya dalam tempoh beberapa hari akan datang. - Bernama

Artikel Berkaitan: