Covid-19: AS catat hampir 40,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam

Amerika Syarikat (AS) catat 39,460 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 823,786 setakat malam tadi
Amerika Syarikat (AS) catat 39,460 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 823,786 setakat malam tadi
A
A
A

NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) catat 39,460 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 823,786 setakat malam tadi menurut data Johns Hopkins University.

Sementara itu, kes maut akibat wabak tersebut mencecah seramai 44,999 peningkatan lebih 2,700 berbanding 24 jam sebelumnya.

Sehingga petang semalam, New York masih menjadi negara paling teruk terjejas dengan lebih 258,000 kes dilaporkan dan 19,000 orang meninggal dunia.

Lebih 30,000 lagi kes dilaporkan di negeri termasuk New Jersey, Massachusetts, Pennsylvania, California, Michigan dan Illinois.

Sementara 75,204 pesakit sembuh dan setakat ini AS sudah menjalankan lebih 4.1 juta saringan Covid-19.

Memandangkan beberapa negeri AS merancang untuk melonggarkan peraturan duduk di rumah dalam usaha menyelamatkan ekonomi negara, AS perlu menjalankan 20 juta saringan Covid-19 menjelang pertengahan musim panas bagi memastikan langkah itu dapat dilaksanakan dengan selamat. - Bernama

Artikel Berkaitan: