Perlis negeri pertama bebas Covid-19

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Perlis negeri pertama di negara ini bebas daripada wabak koronavirus (Covid-19) selepas 18 kes positif sebelum ini telah pulih sepenuhnya.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, kesemua daerah di negeri itu berada di bawah zon hijau.

Sebelum ini, sembilan mukim negeri itu 'diserang' Covid-19 manakala 13 yang lain bebas jangkitan wabak berkenaan.

Selain Perlis, Kelantan turut mencatatkan pencapaian memberangsangkan yang mana hanya Kota Bharu dan Tanah Merah merekodkan kes aktif iaitu enam dan satu kes.

Tujuh daerah lain di Kelantan kini berada di zon hijau.

No Image Caption

Sementara itu, Cheras yang sebelum ini telah turun ke zon jingga kini kembali semula diisytihar sebagai zon merah selepas kes aktif meningkat kepada 43 kes.

Ia menjadikan keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur zon merah dengan Lembah Pantai merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 347 kes.

Artikel Berkaitan:

Jumlah keseluruhan zon merah sebanyak 14 daerah manakala lapan diletakkan di bawah zon jingga.

Sebanyak 64 daerah berada di bawah zon hijau dan 63 daerah zon kuning.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, 5,482 kes positif direkodkan yang mana 2,041 kes masih dirawat di hospital.