Ajal dalam kebun durian

Mayat mangsa ditemui berhampiran motosikalnya selepas dipercayai tergelincir.
Mayat mangsa ditemui berhampiran motosikalnya selepas dipercayai tergelincir.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Seorang pekebun ditemui mati di kebun duriannya akibat masalah jantung dialaminya dalam kejadian di Sungai Ara di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 77 tahun dilihat terbaring berhampiran motosikalnya oleh orang awam yang melalui kawasan kebun berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, berdasarkan keadaan mangsa, dia dipercayai tergelincir ketika menunggang motosikalnya dalam perjalanan mengutip durian berikutan jalan licin.

"Pemeriksaan terhadap mayat mendapati mangsa mengalami luka di kepala manakala motosikal mangsa juga rosak akibat kejadian itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut anak mangsa, warga emas tersebut keluar dari rumah jam 2 petang sebelum ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam.

Berdasarkan hasil siasatan katanya, laluan kebun itu hanya boleh dilalui sebuah motosikal malah keadaan jalan pada waktu itu berlumpur dan basah.

Anbalagan berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia akibat masalah jantung selepas bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Balik Pulau.

Katanya, keluarga mangsa telah menuntut mayat lelaki itu di hospital dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: