Di mana cikgu Nur Farhana?

Nur Farhana
Nur Farhana
A
A
A

BALIK PULAU - Guru Pendidikan Islam, Nur Farhana Ibrahim, 27, masih belum ditemui sehingga pagi ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, usaha mencari guru Sekolah Kebangsaan Genting Balik Pulau itu masih diteruskan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Saya mohon kepada orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak mangsa agar menghubungi balai polis terdekat atau Balai Polis Balik Pulau," katanya ketika dihubungi tadi.

Terdahulu, Nur Farhana dikhuatiri hilang apabila didapati tidak hadir ke sekolah tempat dia mengajar di sini, sejak dua hari lalu.

Nur Farhana didiagnosis mengalami simptom tekanan serius (reactive depression with marked anxiety symptoms) sejak beberapa tahun lalu.

Dia dipercayai mengalami tekanan apabila perlu berulang alik dari Alor Setar ke sekolahnya di sini sejauh lebih 100 kilometer setiap hari.

Artikel Berkaitan: