Enam kenderaan rosak dihempap tembok penahan tanah

Tular video di media sosial memaparkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat runtuhan tembok penahan tanah dakam kejadian pada petang Isnin.
Tular video di media sosial memaparkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat runtuhan tembok penahan tanah dakam kejadian pada petang Isnin.
A
A
A

KAJANG – Hujan lebat berterusan selama beberapa jam mengakibatkan runtuhan tembok penahan tanah setinggi lima meter menyebabkan enam kenderaan rosak dalam kejadian di Jalan Nilam di sini pada Isnin.

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu dipercayai berlaku selepas hujan lebat melanda kawasan berkenaan sejak jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati tembok penahan tanah di kawasan itu dipercayai gagal menahan pergerakan tanah susulan hujan lebat.

"Runtuhan tanah berkenaan kemudian menimpa kenderaan yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian.

"Sebanyak enam kenderaan mengalami kerosakan membabitkan tiga kereta iaitu Proton Saga, Proton Satria dan Proton Wira Aeroback serta tiga motosikal, masing-masing Yamaha Nouvo, Honda Wave dan Yamaha Lagenda," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tular video di media sosial memaparkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat runtuhan tembok penahan tanah dalam kejadian pada petang Isnin.

Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

"Punca sebenar kejadian masih dalam pemeriksaan dan siasatan lanjut pihak berkuasa berkaitan," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!