Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda seluruh Labuan serta majoriti kawasan di Sarawak selain beberapa lokasi di empat negeri hingga 9 malam ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Samarahan, Sri Aman, Kapit, Limbang, Miri (Bario, Telang Usan, Marudi dan Beluru), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Betong (Betong dan Pusa), Kuching, Serian, Sarikei (Julau) dan Sibu.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sabah membabitkan Pedalaman (Pensiangan, Kuala Penyu dan Membakut), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Tongod), Pantai Barat (Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar).

Cuaca sama turut diramal melanda Kulim, Sik dan Baling di Kedah; Gua Musang, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Tanah Merah dan Jeli di Kelantan; Dungun, Terengganu serta di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Maran, Pekan dan Rompin.

Amaran cuaca berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!