Kapten, dua leftenan antara didakwa kes dadah TUDM

SHAH ALAM - Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) antara enam individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 96.2 kilogram (kg).
Tiga pegawai berkenaan ialah Kapten Muhammad Amirul Faisall Rosdin, 34; Leftenan Amir Ariffudin Aminullah, 33 dan Leftenan Muhammad Arief Fauzan Mohd Ali, 27.
Turut didakwa ialah tiga orang awam, Tan Sui Seng, 48; Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin, 28; dan Afifah Amdas, 34.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa secara bersama mengedar dadah disyaki jenis syabu dengan anggaran berat 96.2kg di Foyer Ketibaan Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, kira-kira jam 6.50 petang, 17 November lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
