Amaran ribut petir, hujan lebat di 14 negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perlis, Kuala Lumpur serta 12 negeri hingga 6 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling serta Pulau Pinang (Timor Laut dan Barat Daya).
Di Perak, kawasan terlibat ialah Larut Matang, Kerian, Selama, Manjung, Bagan Datuk, Perak Tengah, Hilir Perak dan Hulu Perak, manakala di Kelantan melibatkan Kuala Krai dan Jeli serta seluruh Terengganu.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang melibatkan Rompin dan Jerantut serta Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Hulu Langat).
Selain itu, cuaca buruk dijangka melanda seluruh Negeri Sembilan dan Melaka serta Johor melibatkan Kulai dan Johor Bahru.
Di Sarawak, amaran itu melibatkan Sri Aman (Lubuk Antu) dan di Sabah kawasan terlibat ialah (Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Sandakan, Telupid, Labuk dan Sugut serta Paitan), Pantai Barat (Kota Belud dan Ranau) serta Kudat (Kota Marudu). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
