Wanita warga emas ditemukan maut di tebing sungai

Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun ditemukan meninggal dunia di tepi tebing sungai di Kampung Pulau Damar, Sungai Ara, dekat Batu Kurau, malam tadi. - Foto: JBPM Perak
Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun ditemukan meninggal dunia di tepi tebing sungai di Kampung Pulau Damar, Sungai Ara, dekat Batu Kurau, malam tadi. - Foto: JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun ditemukan meninggal dunia di tepi tebing sungai di Kampung Pulau Damar, Sungai Ara, dekat Batu Kurau, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan daripada polis pada 8.57 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau tiba di lokasi, 20 minit kemudian.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Nawiah Saari, ditemukan berada di tepi tebing sungai sebelum anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat menggunakan bucket stretcher.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata operasi terbabit ditamatkan sepenuhnya pada 10.20 malam. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!