Tengku Mahkota Kelantan kurnia 12 pendingin hawa kepada HRPZII

Pendingin hawa yang disumbangkan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan pasangannya, Cik Puan Sofie Louise Johansson.
Pendingin hawa yang disumbangkan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan pasangannya, Cik Puan Sofie Louise Johansson.
A
A
A

KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan pasangannya, Cik Puan Sofie Louise Johansson berkenan mengurniakan sebanyak 12 unit pendingin hawa untuk kegunaan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Pejabat Istana Kelantan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, simbolik pengurniaan diadakan di Istana Kota Lama, Kota Bharu secara tertutup dengan mengamalkan penjarakan sosial serta mengikut garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menyambut keberangkatan Tengku Mahkota Kelantan dan isteri ialah Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin dan Pengarah HRPZII, Datuk Dr Selasawati Ghazali.

Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan pasangannya, Cik Puan Sofie Louise Johansson di Istana Kota Lama di sini.
Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan pasangannya, Cik Puan Sofie Louise Johansson di Istana Kota Lama di sini.

Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh petugas barisan hadapan terutama petugas kesihatan yang berkorban masa serta tenaga demi kesejahteraan rakyat.

Baginda juga bertitah supaya petugas-petugas turut dapat menjaga kesihatan masing-masing.

Sebelum ini juga Cik Puan Sofie berkenan memasak sendiri makanan untuk diagihkan kepada semua petugas-petugas barisan hadapan yang bertugas di hospital serta di sekatan jalan raya sekitar Kota Bharu.

Artikel Berkaitan: