Mahdzir lepas jawatan Ketua Umno Terengganu

Mahdzir mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganum, hari ini.
Mahdzir mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganum, hari ini.
A
A
A
JERTIH - Naib Presiden Umno Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Umno Terengganu berkuat kuasa akhir tahun ini.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada kepimpinan dari negeri itu yang akan menerajui Umno Terengganu bermula Januari tahun depan.

“Nama pengganti akan diumumkan dalam masa terdekat selepas surat pelantikan ditandatangani presiden parti,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir Umno Terengganu di Kem Seri Keluang di sini, tengah hari tadi.

Bagaimanapun, difahamkan seorang Ketua Bahagian yang pernah memegang jawatan penting di negeri ini bakal menggantikan tempat Mahdzir.
Artikel Berkaitan: