Watie nafi dakwaan kenal Shuib ketika Siti Sarah masih hidup

Watie dan Shuib berkahwin pada 23 Jun 2023.
Watie dan Shuib berkahwin pada 23 Jun 2023.
A
A
A

SHAH ALAM - Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah, 37, menafikan dakwaan bahawa dia dan suami saling mengenali sebelum ketika Siti Sarah Raissuddin masih hidup.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, turut menyangkal dakwaan suara lelaki di dalam sebuah video lama memaparkan dirinya bermain golf, tujuh tahun lalu, adalah Shuib.

Menurutnya, dia juga mengambil tempoh dua hari untuk berfikir dan memohon petunjuk daripada ALLAH SWT sebelum memutuskan untuk mempertahankan diri.

"Saya dan suami tidak pernah mengenali antara satu sama lain sejak arwah (Siti Sarah) masih hidup.

"Suami saya juga tidak pernah mengenali Eddy Kana walaupun sebelum itu mereka pernah dikaitkan dengan masalah yang sama," jelasnya.

Watie turut memuat naik galeri foto tujuh tahun lalu bagi menjelaskan perkara sebenar.
Watie turut memuat naik galeri foto tujuh tahun lalu bagi menjelaskan perkara sebenar.

Dalam perkongsian sama, Watie turut menafikan dakwaan dibuat oleh ahli perniagaan, Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai Datuk Addy Kana, berhubung hubungannya dengan Shuib.

Menurutnya, dia sendiri pernah bertanya kepada Eddy Kana sama ada individu itu mengenali Shuib secara peribadi selepas dirinya mula mengenali suaminya.

Artikel Berkaitan:

"Selepas saya mengenali suami yang bukan dari sesiapa, saya sendiri pernah bertanya kepada Eddy Kana sama ada dia mengenali suami saya secara peribadi.

"Dan dari mulutnya sendiri, dia (Eddy Kana) mengatakan tidak pernah mengenali dan ada apa-apa hubungan bisnes dengam suami saya," katanya.

Watie berkata, tindakannya membuat penjelasan bukan mahu memberi gambaran bahawa dirinya sebagai individu yang baik atau suci, sebaliknya berharap segala spekulasi terhadap hubungan mereka dapat dihentikan.

"Dan bukan bermakna ALLAH jauhkan saya dari teman lama kerana mereka tidak baik buat saya, tetapi mungkin pilihan untuk saya meninggalkan dunia hiburan demi 'sebuah rumah tangga' itu menjadi asbab untuk saham saya di akhirat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!