'Terima kasih Malaysia, perjuangan kita belum berakhir'

Dr Noor Hisham diraikan oleh pengamal media sempena sambutan hari lahir beliau ke-57 selepas sidang media mengenai perkembangan terkini wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Dr Noor Hisham diraikan oleh pengamal media sempena sambutan hari lahir beliau ke-57 selepas sidang media mengenai perkembangan terkini wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyampaikan ucapan hari lahir buat dirinya hari ini.

Di sebalik kegembiraan itu, beliau bagaimanapun berkata, fokus dan tumpuannya adalah untuk memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19).

"Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengucap selamat hari lahir kepada saya.

"Apa yang penting ialah kita masih dalam perjuangan untuk memutuskan penularan wabak Covid-19," katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau memberi respons sedemikian selepas salah seorang wartawan merakamkan ucapan hari lahir buat beliau sebelum kembali menjawab isu berkenaan perkembangan semasa wabak tersebut.

Dalam pada itu, kumpulan wartawan yang menghadiri sidang media hari ini turut meraikan hari kelahiran ke-57 Dr Noor Hisham yang turut digelar sebagai manusia paling popular di Malaysia ketika ini.

Terdahulu, ruangan komen Facebook rasmi Dr Noor Hisham sejak semalam mula dibanjiri dengan ucapan hari lahir daripada netizen Malaysia.

Artikel Berkaitan: