Remaja 16 tahun ditemukan lemas ketika mandi laut

KUANTAN – Seorang remaja ditemukan lemas di Pantai Sepat, Jalan Kuantan-Pekan, di sini pada Sabtu.
Mangsa, Mohamad Raiyan Khairul Anuar, 16, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.56 pagi.
Menurutnya, susulan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan tiba di lokasi pagi sebelum melakukan pencarian di pesisir pantai.
"Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah membuat selaman pertama di lokasi mangsa dipercayai lemas," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu
Mohd Salahuddin memberitahu mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

