Tenaga pengajar direman disyaki amang seksual pelajar madrasah

Seorang tenaga pengajar direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah madrasah.
Seorang tenaga pengajar direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah madrasah.
A
A
A

TAWAU - Seorang tenaga pengajar direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah madrasah.

Perintah reman sehingga 1 Disember itu dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum selepas membenarkan permohonan dikemukakan pegawai penyiasat, Inspektor Nurul Amira Razali.

Permohonan reman itu dibuat bagi membolehkan siasatan diteruskan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Berdasarkan keterangan kes, dalam kejadian 13 November lalu sekitar jam 5.15 petang, pelajar tersebut yang sedang menggosok pakaian di ruang tamu madrasah didatangi suspek yang memintanya supaya membuka tudung purdah sambil menyatakan hasrat untuk mencium pipinya.

Lelaki berkenaan dipercayai bertindak mencium pipi pelajar itu, namun terhalang oleh purdah yang dipakainya.

Dia turut bertindak memegang tangan dan cuba menarik purdah sebelum mangsa beredar dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian lain, suspek juga pernah menghampiri mangsa dan berbisik di telinganya dengan menyatakan hasrat yang sama.

Kedua-dua kejadian itu tidak disaksikan individu lain dan tiada kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi, namun pelajar berkenaan memaklumkan kejadian terbabit kepada tiga rakannya.

Pelajar itu turut mendakwa suspek pernah melakukan perbuatan serupa terhadap beberapa pelajar perempuan lain di madrasah berkenaan, namun dakwaan tersebut masih dalam siasatan.

Susulan kejadian itu, mangsa yang berasa takut terhadap keselamatan dirinya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada jam 11.11 malam, 14 November lalu.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah menahan suspek kira-kira jam 5 petang, Isnin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!