'Saya ada seseorang untuk panggil daddy' - Ayden

Ayden dan Ara meluahkan rasa gembira apabila bakal menerima kehadiran ahli keluarga baharu susulan perkahwinan ibu mereka dengan Syed Saddiq.
Ayden dan Ara meluahkan rasa gembira apabila bakal menerima kehadiran ahli keluarga baharu susulan perkahwinan ibu mereka dengan Syed Saddiq.
A
A
A

ANAK kepada pelakon Bella Astillah iaitu Ayden dan Ara meluahkan rasa gembira apabila bakal menerima kehadiran ahli keluarga baharu susulan perkahwinan ibu mereka dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut Ayden, dia sangat teruja dan tidak sabar untuk mempunyai seseorang yang boleh dipanggil 'Daddy'

“Ayden super excited sebab nanti akan ada new member masuk dalam family.

“Dan saya ada seseorang untuk panggil daddy,” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, adiknya, Ara turut berkongsi perasaan gembira apabila bakal mempunyai seorang bapa baharu dalam kehidupannya.

“Adik pula, adik rasa happy. Lepas itu adik ada new daddy,” katanya. - Gempak

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!