Tinggal di rumah ibu bapa selepas kematian suami

Soalan
Saya baru kematian suami dan ibu mengajak untuk tinggal bersama kerana bimbang akan keselamatan saya jika terus tinggal sendirian selepas ketiadaan suami. Apakah situasi ini dibolehkan untuk wanita yang sedang dalam idah?
Jawapan
Dibolehkan untuk seorang wanita yang kematian suami dan masih dalam tempoh idah untuk tinggal bersama ibu bapanya di rumah ibu bapanya itu atas faktor keselamatan.
Wajib baginya melengkapkan idah empat bulan 10 hari tersebut dengan berada di dalam rumah tersebut.
Bagaimanapun jika mempunyai keperluan seperti membeli makanan atau urusan kerja harian, dibenarkan wanita tersebut untuk keluar dari rumah.
Namun keluar untuk keperluan atau urusan kerja tersebut tidak boleh dicampur dengan urusan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita yang sedang menjalani tempoh idah seperti menziarahi orang sakit dan sebagainya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

