Belanjawan 2027: Kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan naik kepada 490 hari

Penambahan itu menjadikan kadar cuti bersalin meningkat kepada maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran. Foto hiasan
Penambahan itu menjadikan kadar cuti bersalin meningkat kepada maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan daripada 360 hari kepada 490 hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahan itu menjadikan kadar cuti bersalin meningkat kepada maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran.

"Selain itu, RM20 juta juga disediakan bagi menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Selain itu, Anwar turut mengumumkan kerajaan bersetuju menyediakan Geran Sejahtera Madani untuk peralatan dan latihan kepada 40 ribu penerima khususnya wanita dengan peruntukan RM200 juta.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!