Belanjawan 2027: PRGM sambut baik RM160 juta untuk pekerja gig

Persatuan Rakan Grab Malaysia (PRGM) menyambut baik peruntukan sekitar RM160 juta yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 bagi membantu kebajikan pekerja gig, khususnya pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing. Gambar hiasan
Persatuan Rakan Grab Malaysia (PRGM) menyambut baik peruntukan sekitar RM160 juta yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 bagi membantu kebajikan pekerja gig, khususnya pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing. Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA – Persatuan Rakan Grab Malaysia (PRGM) menyambut baik peruntukan sekitar RM160 juta yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 bagi membantu kebajikan pekerja gig, khususnya pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing.

PRGM berkata, pakej sokongan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap cabaran kos operasi yang semakin meningkat, termasuk premium insurans kenderaan yang memberi tekanan kepada pendapatan bersih pemandu.

Persatuan yang mewakili lebih 20,000 ahli itu turut menyifatkan pengumuman berkenaan sebagai langkah positif dalam membantu mengurangkan beban kewangan pekerja gig yang bergantung kepada sektor berkenaan sebagai sumber pendapatan utama.

Menurut PRGM, isu kenaikan kos insurans antara perkara terawal dibangkitkan dalam sesi perbincangan dan libat urus bersama Grab Malaysia sejak penubuhan persatuan itu bulan lalu.

“Pengumuman bantuan kos insurans menerusi Belanjawan 2027 merupakan perkembangan yang amat dialu-alukan dan berpotensi memberikan kelegaan lebih bermakna kepada ribuan rakan pemandu e-hailing di seluruh negara,” menurut kenyataan persatuan itu pada Jumaat.

PRGM turut mengiktiraf inisiatif Grab Malaysia menyediakan kemudahan pembayaran insurans secara harian bagi membantu meringankan tekanan kewangan pemandu.

Bagaimanapun, kemudahan itu lebih tertumpu kepada fleksibiliti pembayaran dan tidak semestinya menyelesaikan isu kenaikan premium insurans secara keseluruhan.

Selain bantuan insurans, PRGM turut menyambut baik komponen lain dalam pakej berkenaan, termasuk peningkatan kadar pendapatan minimum, bantuan penyelenggaraan kenderaan, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta inisiatif merangsang permintaan terhadap perkhidmatan e-hailing.

Persatuan itu percaya kerjasama antara kerajaan dan Grab Malaysia menerusi pakej berkenaan mampu membantu mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pendapatan bersih pemandu dan penghantar.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, PRGM berharap mekanisme pelaksanaan bantuan itu mengambil kira perbezaan kos operasi mengikut lokasi, jenis perkhidmatan dan keperluan pekerja gig bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh.

PRGM berkata, pihaknya akan terus berperanan sebagai penghubung antara komuniti rakan pemandu dan penghantar, Grab Malaysia serta kerajaan bagi memastikan isu berkaitan pendapatan, kos operasi dan kebajikan pekerja gig mendapat perhatian sewajarnya.

Persatuan itu turut berharap kerjasama dengan Grab Malaysia dapat diperkukuh menerusi pendekatan libat urus yang konstruktif dan berasaskan maklum balas langsung daripada pekerja.

Menurut PRGM, kejayaan sesuatu dasar bukan hanya bergantung kepada jumlah peruntukan yang diumumkan, sebaliknya sejauh mana manfaatnya dapat dirasai pekerja gig yang mencari rezeki setiap hari demi menyara kehidupan dan keluarga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!