Belanjawan 2027: Peruntukan projek jalan desa ditingkatkan RM2.3 billion

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. Foto Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. Foto Bernama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peruntukan bagi projek jalan desa akan ditingkatkan kepada RM2.3 Billion, ketimbang RM1.3 Billion pada tahun 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara keseluruhan, projek untuk prasarana asas desa diperuntukkan RM3.3 Billion termasuk memasang lampu jalan kampung, kemudahan komuniti serta bekalan air bersih dan elektrik.

"Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan pemasangan lampu jalan solar di kampung dan panel solar bumbung di rumah kebajikan serta rumah ibadat. Bekalan elektrik turut ditambah baik di sekolah tahfiz, pondok dan perkampungan Orang Asli," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!