Belanjawan 2027: Warganegara capai usia 18 tahun didaftar automatik sebagai ahli KWSP

Semua warganegara Malaysia akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli KWSP sebaik mencapai usia 18 tahun. Foto hiasan
Semua warganegara Malaysia akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli KWSP sebaik mencapai usia 18 tahun. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua warganegara Malaysia akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebaik mencapai usia 18 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi membolehkan simpanan persaraan dimulakan lebih awal.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendaftaran warganegara secara automatik itu antara usaha kerajaan memperkukuh perlindungan sosial rakyat dengan menggalakkan persediaan kewangan untuk persaraan sejak usia muda.

"Bagi memperkukuh perlindungan sosial, setiap warganegara akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli KWSP apabila mencapai usia 18 tahun, supaya simpanan persaraan bermula lebih awal," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!