Belanjawan 2027: Penerima STR terima SARA RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun

Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 ditingkatkan kepada RM16 bilion ketimbang RM15 bilion pada 2026. Gambar hiasan
Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 ditingkatkan kepada RM16 bilion ketimbang RM15 bilion pada 2026. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 ditingkatkan kepada RM16 bilion ketimbang RM15 bilion pada 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemua penerima STR bakal menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun, memanfaatkan sembilan juta orang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, selain penerima STR yang berusia 18 tahun ke atas akan menerima SARA Madani RM100 sebanyak dua kali iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan menjelang ambang tujuh dasawarsa Merdeka. 

"Ini akan memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40. 

"Kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan penggunaan SARA kepada barangan basah dan segar yang boleh dibeli di 216 pasar tani atau pasar tamu di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara.

"Setakat ini, rakan niaga SARA berjumlah 15,000 premis termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi. Sebelum akhir tahun ini, insya-ALLAH kerajaan akan meningkatkan kedai runcit kecil kepada 10,000 premis," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Pada 2027, jumlah keseluruhan untuk subsidi, bantuan dan insentif melebihi RM80 bilion, termasuk subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada RM40 bilion dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hampir RM3.3 bilion. 

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!