‘Bonus pindah ke jerebu, boleh?’ - PM

Anwar Ibrahim ditemui pemberita di bangunan Perbendaharaan Malaysia. 
Anwar Ibrahim ditemui pemberita di bangunan Perbendaharaan Malaysia. 
A
A
A

PUTRAJAYA - “(Peruntukan) bonus pindah ke jerebu, boleh?” demikian seloroh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita di sini pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba di bangunan Perbendaharaan Malaysia selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra. 

Beliau menjadi tumpuan menjelang pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada jam 3.30 petang.

Belanjawan Madani Kelima yang bertemakan 'Malaysia Madani: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi', merupakan belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Belanjawan ini dibentangkan ketika kerajaan berhasrat mengekalkan momentum ekonomi di samping meningkatkan siling pertumbuhan negara, memperbaiki taraf hidup rakyat dan memperkukuh tatakelola.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!